Tuesday 29 March 2011

..::Kerja Dan Ofis::..



TIADA KENA MENGENA SAMA ADA YANG HIDUP ATAUPUN  YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


semenjak akhir2 ini, pihak syarikat mendapati bahawa para pekerja bekerja secara sambil lewa, tidak produktif dan efisiennya. Oleh itu, pihak syarikat mengambil tindakan untuk menguatkuasakan syarat2 berikut:-

a) Pihak syarikat mendapati bahawa pen dan pensil di dalam pejabat semakin berkurangan. Ini kerana para pekerja selalu membawa pen dan pensil tersebut balik ke rumah selepas digunakan. Keesokkan harinya para pekerja mengambil pen dan pensil baru dan begitulah hari2 seterusnya. Macam pen dan pensil mak bapak anda punya. Oleh yang demikian, pihak syarikat akan mengcheck anda sebelum anda meninggalkan pejabat.

b) pihak syarikat juga mendapat aduan bahawa tandas telah digunakan secara berleluasa. Oleh yang demikian, pekerja yang mahu ke tandas perlu mengisi borang A-J dan perlu mintak sain majikan dahulu. Tandas hanya akan dibuka selama 5 min dan selepas itu paip air akan ditutup dan pintu akan terkunci secara otomatik.

           c) gaji
-pekerja yang datang ke pejabat menaiki kereta mewah tidak akan menikmati kenaikan gaji kerana pihak syarikat menganggap anda sudah kaya.

-pekerja yang datang ke pejabat dengan kenderaan awam juga tidak akan menikmati kenaikan gaji kerana pihak syarikat anggap anda sudah banyak menyimpan di dalam bank.

keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.Emel akan dicaj RM2 sejam.Undian melalui akhbar tidak dibenarkan sama sekali.

3 comments:

Noor Maizan said...

kejam benor mcm tu,haha...balik umah tanam anggur je la..

Unknown said...

haha.sabor jelaa~~ :D

azwan khairul said...

ahhaha... betul3